Thursday, February 18, 2010

Fauzi Nawawi versus Rosyam Nor

Semasa cuti2 mid-semester macam nilah aku berpeluang untuk menonton pelbagai drama-drama melayu yg disiarkan oleh Rtm1&2, TV3, dan Astro Ria, yelah kan, nanti kata tak patriotik pulak kalau tak menghargai karya tempatan. Ok, let us put aside the quality first, kita bincang pasal aktor ok. Seantero Malaysia tahu dan sedar yang kebanyakan watak2 heroic dalam drama-drama selalnunya jadi milik Rosyam Nor. Dia digelar Hero Melayu. Cakapla drama apa pun, Gelora Di Hati Sara, Kudrat Iman, Iris dan banyak lagi, kita akan lihat Rosyam Nor sebagai hero, sebagai chariot utk lebih tepat. Watak beliau sebagai anak lelaki kepada kepada konglomerat Melayu yang kaya raya sekaligus merangkap pencinta heroin-heroin cantik yang digandingkan bersama beliau. Watak-watak itu jugalah nanti yang akan jadi penyelamat keadaan pabila munculnya petualang, baik dalam perniagaan besar keluarga beliau mahupun dalam mengugat hubungan cinta bersama sang heroin cantik. Hehe. Mesti orang akan kate..'Pergh, minah ni layan seyh drama-drama ni.' Memang ok. Memang layan. Sebab ibundaku yg tercinta selalu tengok drama. Juga adik2 kesayangan. Heheh. Xkisahla ape org nak kate. Motif kali ni nak discuss tentang dua tonggak dunia lakonan tempatan; yakni Rosyam dan Fauzi. Fauzi Nawawi pula, selain terkenal sebagai suami kepada dramatis Lisdawati, selain daripada Juara Sehati Berdansa 2, adalah seorang stuntman merangkap aktor2 yg sering bawak watak antagonis. Boleh kira dengan jari la, kalau ada drama yang wataknya baik. Mungkin sebab faktor muka beliau yang bengis kot hingga selalu terpilih untuk bawak watak antagonis. Kaki belasah orang, AhLong si ceti haram, perogol, bapak ayam, sume nilah watak2 yg pernah digalas dengan jayanya oleh beliau. Kalau watak baik pun, asalnya watak itu jahat, kemudian di akhir jalan bertobat nasuha. Hahaha. Tapi pada pandangan aku, he's quite a good actor. kalau sedih terasa ambience sedih nye, klau jahat rase nak seranah2 dia.Heheh.Pendek kata lakonan beliau hidup. Ok, sekarang moh kite ke persamaan dua aktor ni. Kedua-dua mereka adalah agak berusia. Kate org, ade umur la. Point aku, disebalik umur dan ke'senior'an mereka, seleksi watak2 mereka cukup berbeza. Rosyam, seperti peneranganku diatas, selalu bawak watak org muda, anak org kaya, bercintan cintun sumelah sementara Fauzi lebih realistik bila kita dapat lihat beliau cenderung dapat watak seorang 'bapa' dalam drama-drama seperti Bahang Ravina (jadik bapak Nabila Huda) dan Na O Me(jadik bapak Elly Mazlein). Bukan niat nak membandingkan mereka, tapi ni semua adalah berdasarkan kepada pengalaman mnonton drama2 yg ada di kaca tv.  Heehehe. Later ok. Tgk drama lg ni.

P/S: If kat Hollywood kire Rosyam Nor mcm Nicholas Cage, nak ajer watak muda2 ni. David Arquette lak asyik jadik Daddy je lately ni.

0 comments: