Wednesday, April 28, 2010
Berakhirnya semua disini...
Jika sebelum ELS Glam Nite, semua org teruja. Sana sini berbisik tentang baju apa untuk dipakai, mekap yang macam mana untuk dikenakan. Kita sibuk, uruskan itu ini. Pengangkutan, persembahan..blabla.. Banyak cabaran yg mendatang sebelum ELS Glam Nite berjaya direalisasikan. Adat berorganisasi, tergesel sana sini, salah faham, tarik muka. Tapi bak kata semua, 'No Pain, No Gain.' Maka berlangsunglah detik yang ditunggu. Satu upacara yang bakal menjadi tanda aras kesatuan hati kita semua selama ini. Dan juga menjadi kayu ukur kepada adik-adik junior untuk meneruskan legasi yang akan ditinggalkan dalam sedikit hari lagi. Detik itu menyaksikan, bukan hanya kita sebagai pelajar, tetapi juga pensyarah turut serta dalam memeriahkannya. Suatu program yang padat. Tidak seminit pun masa terbuang. Semuanya terisi dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun khas. Pendek kata, semuanya menjadi. ELS Glam Nite memang sebuah projek yg berjaya. Dari aspek penataan gaya dewan makan, kualiti makanan, servis yg disediakan dan yg paling utama, masa berkualiti yg telah kita kongsi bersama. Jika sebelum ini, ada antara kita yang tidak terlalu rapat, ELS Glam Nite menjadi saksi betapa hubungan yg telah dipupuk akan terus terbaja. Masing-masing sibuk menangkap gambar. Mungkin buat koleksi gambar dalam FB? ape2 pun jgn lupa tag.. hehehe.
Kita gembira malam ini, tapi dalam gembira ada terselit rasa sedih. Dlam ketika semua orang sibuk bersalaman dan berpelukan, terdetik rasa dr sanubari kecil. Ya, ELS Glam Nite telah berakhir, semuanya, pengajian kita, pertemuan kita di kuliah dan tutorial, semuanya terhenti di sini. Takkan ada lagi senda gurau di depan kiosk fotostat Kak Izan, atau di bilik media; bising2 kacau En.Halim dan En Din untuk tempah projektor dan sebagainya. Lepas ni, xada lah lagi kita lepak KB makan tengahari dekat Kafe G4 dan UBE Catering lepas kelas. Semuanya bakal tinggal kenangan. Kita semua akan bawa jalan masing-masing, untuk masa depan yg lebih gemilang. Hati ini sangat berat..sebab rasa mcm baru semlam kita aerobick dgn Dr. Jam dkt parking depan PPBL.. mcm baru semalam kita berlari2 anak mase treasure hunt..rase mcm baru tadi, kita present dekat bilik media, bilik seminar. Beratnya hati. Pergilah kawan-kawan, ini memang takdir kita..semoga korg semua berjaya. Sayang korang sampai mati.
p/s: Mungkin terlalu ego untuk nanges depan semua org tadi..tapi keypad ni dah basah gilaa..
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 10:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment