Semasa cuti2 mid-semester macam nilah aku berpeluang untuk menonton pelbagai drama-drama melayu yg disiarkan oleh Rtm1&2, TV3, dan Astro Ria, yelah kan, nanti kata tak patriotik pulak kalau tak menghargai karya tempatan. Ok, let us put aside the quality first, kita bincang pasal aktor ok. Seantero Malaysia tahu dan sedar yang kebanyakan watak2 heroic dalam drama-drama selalnunya jadi milik Rosyam Nor. Dia digelar Hero Melayu. Cakapla drama apa pun, Gelora Di Hati Sara, Kudrat Iman, Iris dan banyak lagi, kita akan lihat Rosyam Nor sebagai hero, sebagai chariot utk lebih tepat. Watak beliau sebagai anak lelaki kepada kepada konglomerat Melayu yang kaya raya sekaligus merangkap pencinta heroin-heroin cantik yang digandingkan bersama beliau. Watak-watak itu jugalah nanti yang akan jadi penyelamat keadaan pabila munculnya petualang, baik dalam perniagaan besar keluarga beliau mahupun dalam mengugat hubungan cinta bersama sang heroin cantik. Hehe. Mesti orang akan kate..'Pergh, minah ni layan seyh drama-drama ni.' Memang ok. Memang layan. Sebab ibundaku yg tercinta selalu tengok drama. Juga adik2 kesayangan. Heheh. Xkisahla ape org nak kate. Motif kali ni nak discuss tentang dua tonggak dunia lakonan tempatan; yakni Rosyam dan Fauzi. Fauzi Nawawi pula, selain terkenal sebagai suami kepada dramatis Lisdawati, selain daripada Juara Sehati Berdansa 2, adalah seorang stuntman merangkap aktor2 yg sering bawak watak antagonis. Boleh kira dengan jari la, kalau ada drama yang wataknya baik. Mungkin sebab faktor muka beliau yang bengis kot hingga selalu terpilih untuk bawak watak antagonis. Kaki belasah orang, AhLong si ceti haram, perogol, bapak ayam, sume nilah watak2 yg pernah digalas dengan jayanya oleh beliau. Kalau watak baik pun, asalnya watak itu jahat, kemudian di akhir jalan bertobat nasuha. Hahaha. Tapi pada pandangan aku, he's quite a good actor. kalau sedih terasa ambience sedih nye, klau jahat rase nak seranah2 dia.Heheh.Pendek kata lakonan beliau hidup. Ok, sekarang moh kite ke persamaan dua aktor ni. Kedua-dua mereka adalah agak berusia. Kate org, ade umur la. Point aku, disebalik umur dan ke'senior'an mereka, seleksi watak2 mereka cukup berbeza. Rosyam, seperti peneranganku diatas, selalu bawak watak org muda, anak org kaya, bercintan cintun sumelah sementara Fauzi lebih realistik bila kita dapat lihat beliau cenderung dapat watak seorang 'bapa' dalam drama-drama seperti Bahang Ravina (jadik bapak Nabila Huda) dan Na O Me(jadik bapak Elly Mazlein). Bukan niat nak membandingkan mereka, tapi ni semua adalah berdasarkan kepada pengalaman mnonton drama2 yg ada di kaca tv. Heehehe. Later ok. Tgk drama lg ni.
P/S: If kat Hollywood kire Rosyam Nor mcm Nicholas Cage, nak ajer watak muda2 ni. David Arquette lak asyik jadik Daddy je lately ni.
Thursday, February 18, 2010
Fauzi Nawawi versus Rosyam Nor
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 11:45 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
Happy Belated Besday, Fariq!!!
Entri ni memang dah boleh dikira terlalu lambat untuk di'publish' dalam blog ini. But hey, it's better late than never, kan??? It was 2 weeks ago when we had the celebration of Fariq's birthday. I remembered it was held on Sunday and the venue was in Pusanika. Bus memang takde beb, so naik rapid jelah berhenti depan FPI. Then apelagi, menapak sajor sampaila ke Pusan. Saing dengan Cik Hasliza Jamil, mulalah kami mendekor ape yg patot sementelah menanti kehadiran rakan-rakan yg lain. Lame tak lame la pastu, mucullah tiga pria, Shahir, Azri dan member Shahir yg x kuingat namanya. Borak2 dan gelak2. Normal la kitorang.. Akhirnya momen yg ditunggu-tunggu pon tiba bila Fariq pon muncul..Memasing dah gelabah, nak surprise kan Fariq, tp takut xde efek je..(almaklumlah, Fariq cool orgnyer..heheheh)..last2 nyanyi jela lagu wajib dengar yg berjudul 'Happy Birthday' sechara akustik sambil diiringi petikan gitar solo dari Shahir. Hehe..
disertakan gambo2 yg sempat di 'snap'..
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 7:34 PM 0 comments
Monday, February 8, 2010
My favourite characters in Inglourious Basterds
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 4:11 PM 0 comments
dear me..
dear me,
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 1:37 PM 0 comments
That is seriously not cool..
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 1:25 PM 0 comments
Monday, February 1, 2010
Pabila $$$$$$$$$ di hujung jari..
Senangnya bila duit banyak. Bestnya jadi anak orang kaya. Duit tak pernah putus-putus dan boleh beli macam-macam. Apa nak dapat, antara cepat or lewat sikit je. Itulah rungutan-rungutan yang sentiasa aku dengar dimana sahaja aku pergi. Cakap pasal orang kaya ni, aku ada berkawan dengan seorang dua insan yang beruntung dilahirkan dalam keluarga yang mewah ni. Alhamdulillah, mereka-mereka ni tak sombong dan tak pula jadikan status sebagai kayu ukur dalam persahabatan. Tipulah kalau kata tak langsung terpengaruh dengan gaya diorang ni tapi kenela ukur baju di badan sendiri. Tak larat kalau terlalu ikutkan sangat kerenah diorang ni. Pernah sekali teman diorang shopping raya, dalam 1 sesi shopping saja RM600 boleh habis. Ishhh, 6rat tu bolehla dalam sebulan kot tahan if kite catu belanja betul2. Tapi tu duit dia, so dia punya sukalah.Perfumes pulak mesti yang ada jenama; Thierry Mugler Angel, Unforgivable Women by Sean John, Emporio Armani Diamonds..etc..etc..(tipula if aku x terliur)..tapi xpela, Elianto or Body Shop punya perfumes range ok whatt..haha. Diorang selalu komplen kata aku berkira sebab selalu pilih benda yang paling murah harganya. Katanya, apa salahnya mahal sikit pon. Puas hati. Memang la betul apa yang diorg cakap tu, if kalau bendanya sama, cth body lotion yang fungsinya sama untuk melembutkan kulit, ada pulak pilihan daripada Johnsson&Johnsson dengan BeneFit, haruslah aku pilih brand yg 1st tu.Mampu milik. That's the word. Bukannya kedekut, tapi aku rasa, in a point of view of a student, tak perlulah lagi kot aku membazir kerana brand ni, sebab duit yang ada pon, cukup2 di'allocate' utk study sahaja. Lainla klau dah berduit sendiri, bukan setakat body shop, tapi entah-entah losyen dari la prairie or kanebo pon aku pakai. Moral of the story, pandai-pandaila bawak diri dan jadilah diri sendiri dalam apa keadaan sekalipon.
Posted by This is me,Ili Athirah, speaking.. at 4:17 PM 0 comments